Nampaknya hujan semakin lebat malah lebih parah lagi. Ini bukan hujan air atau batu mahupun air batu campur tetapi kita dihujani oleh photographer tanahair kita tidak kira wannabe atau alreadybe. Kamu pernah tengok? Oh tak ya tapi aku pernah. Mamat tu gantung dia punya DSLR sambil pusing satu taman perumahan. Maybe dia kalah loteri lalu kurang siuman.
'Hujan' itu rezeki jangan risau. Cuma jangan salah guna saja senjata yang digalas anda. Kadang-kadang kelebihan yang kita ada itu lebih eloknya digunakan ke arah yang betul bukan untuk memikat gadis atau nama lain talent atau nama lain lagi model. Kemain kau aku tengok peluk sana peluk sini model tu. Oh aku jeles? Tidak sebab aku tak suka expose muka aku bersama model, aku lebih rela di belakang tabir bersembunyi di belakang cameraku. Kan kita ini orang belakang tabir saja. Eh maaf aku bukan photographer.
Aku tak marah tapi cuma ingin beri pendapat. Lagipun, gambar yang kita upload kan elok kita limitkan jangan sampai satu album ada 100 gambar dengan pose yang sama. Aku ambil masa 1 hari untuk memilih gambar tapi kamu ambil 1 minit untuk memilih lalu upload kesemuanya. Kamu tak rasa orang akan bosan untuk tekan 'NEXT' jika dia view kamu punya album. Yang akan tengok sampai habis hanya dua orang saja iaitu kamu dan talent kamu itu.
Lagipun edit la sedikit gambar tu kalau terlalu gelap atau terlalu cerah. Jangan terlalu bangga dengan 100% Non-edited, tak cantik pun gambar kamu begitu. Orang yang boleh buat begitu adalah orang yang sudah master dalam photography dan lighting bukan macam kita ini masih merangkak dalam gua mencari cahaya luar. Oh kamu dah otai aku lupa.
Cuba kita tengok 'hujan' di negeri orang. Tenang saja mereka bukan. Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan. Bye.